Clicks20
ms.news

Francis Kepada Warga Jerman: Gereja Kini Berdiri Di Depan "Proses Transformasi Yang Penting“

Pada 29hb Jun, Pope Francis telah menulis sepucuk surat yang berjumlah 19 muka surat kepada Bishop Jerman. Ianya merupakan surat yang panjang lebar dan membosankan (tiada kejutan dan juga benda baharu). (Kandungan teks tertera di bawah).

Dalam surat tersebut, dikatakan bahawa Gereja sedang “mengalih ke arah era yang baharu” dan berdiri di hadapan “proses transformasi yang penting”. Dia menggalakkan “respon yang jujur terhadap situasi terkini” [i.e. mengikuti resipi gagal Protestan].

Pada masa yang sama, Francis berasa bimbang akan “fragmentasi” Gereja.

Secara keseluruhannya, kandungan surat membawa mesej yang lemah dan tiada interpretasi yang berfokus.

Vicar jeneral konservatif Regensburg, Father Michael Fuchs, membaca dan mengintepretasi mesej ini sebagai kritikan Jerman dengan cara Synod,pada masa yang sama, pemimpin modernis Munich, Kardinal Marx berpandangan bahawa ianya mesej yang mengalakkan.

Gambar: © Mazur/catholicnews.org.uk, CC BY-NC-SA, #newsZlcebfrsle

3
4
1
2