Clicks40
ms.news

Sister Amerika Menjual Hamba Untuk Membiayai Sekolah Baharu, Chapel

Sisters dari Visitation (Vis) yang ditugaskan untuk menggerakkan Sekolah Preparatori Visitation Georgetown, Washington D.C. yang ditubuh pada tahun 1799, memiliki hamba, menurut laman web mereka.

Pada Mei 2016, sister-sister telah mengupah sejarawan, Dr. Susan Nalezyty untuk menjadi archivis sepenuh masa bagi sekolah.

Hingga kini, sister-sister telah mengesahkan bahawa terdapat seramai 107 orang hamba yang dimiliki mereka antara garis masa 1800 dan 1862.

Pada 1821, Mother Agnes Brent, pegawai atasan convent, telah menjual suatu pasangan hamba dan anak-anak mereka ketika si ibu yang merupakan hamba hanya dua hari selepas melahirkan anak ketiganya. Hal ini keran sister-sister memerlukan wang untuk membayar hutang dan mengumpul dana untuk sekolah dan chapel baharu.

Tulis Mother Agnes, “Hakikatnya,tiada apa yang boleh dibuat selain daripada menjual keluarga Negro tersebut.”

Sebagai penebusan, sister-sister turut menawarkan kelas Hari Sabtu yang percuma bagi anak-anak perempuan berbangsa Negro di mana mengajar hamba merupakan perbuatan haram pada masa itu.

#newsRfakhaysqr