Clicks20
ms.news

“Saya Tidak Melawan Francis” - Kardinal Zen

Kardinal Joseph Zen, kardinal yang mempunyai kritikan tajam terhadap perjanjian Vatican-China, menafi bahawa dirinya tidak patuh kepada Pope Francis.

Zen membuat penjelasan dalam blognya (22hb Mac) bahawa penganut Katholik tidak harus merasakan bahawa seorang pope adalah salah walaupun dia mungkin begitu. Dia menegaskan bahawa Francis telahpun meminta maaf kerana telah melakukan “
kesalahan besar” di Chile.

Zen percaya bahawa dirinya harus memberitahu pandangannya kepada Francis dengan "rendah diri" berkenaan dengan kes yang dia merasakan bahawa latter telah salah kerana ianya tugasan khas bagi kardinal untuk menasihati pope. Zen berkata bahawa Francis telahpun melayannya dengan “baiknya” dalam pelbagai situasi.

Walau bagaimanapun, dia berasa kesal dengan tindakan Francis terhadap China, “Saya tidak tahu sebab di sebalik tindakannya, akan tetapi saya tidak akan mengkritiknya”. Zen berkata bahawa dia “tidak melawan pope”.

Gambar: Joseph Zen, © Etan Liam, CC BY-ND, #newsRxedwssnei