Clicks9
ms.news

Kardinal Dubia Brandmüller: “Kini, Banyak Perkara Mungkin Sesuai Tetapi Dilarang Semalam”

Dalam suatu seminari yang dianjurkan oleh kumpulan Itali yang bernama Scuola Ecclesia Mater, Kardinal Walter Brandmüller, umur 91, mencadangkan usul relativisme radikal sebagai penyelesaian dalam menangani masalah kesukaran menginterpretasikan dokumen Vatican II(Video).

Brandmüller telah mewujudkan kekeliruan yang berkeseluruhannya dengan berkata yang Vatican II tidak mendefinisikan perihal dogma dan selalunya takut untuk berbuat demikian, namun belum lagi Lumen Gentium dan Dei Verbum memiliki “sifat yang tidak dinafikan dan kekuasaan yang terikat dengan ajaran tulen doktrin” – “walaupun di sini, juga tiada yang didefinisikan dengan tegasnya”

Dia menekankan bahawa terdapat “jalinan organik yang erat” antara Vatican II dengan magisterium dahulu, kerana memberhentikannya dalam liturgi dan ajaran kepercayaan adalah “tidak berkemungkinan jika hanya atas sebab teologi.” Ini tidak membawa apa-apa perubahan untuk hari ini, mahupun John XXIII tidak kenal akan Gerejanya lagi. Oleh itu, penafian Brandmüller mengenai pemberhentian itu adalah berasaskan pada akademik.

Dia mengaku bahawa Nostra Aetate (NA) dan Dignitatis Humanae (DH) adalah salah, namun ketika Persatuan PiusX (SSPX) berkata bahawa Vatican II telah silap, maka “terdapat sesuatu pihak yang harus menolak kata-kata ini dengan kuatnya.” Mengapa? Kerana Brandmüller menjelaskan bahawa ianya “secara sempurna dan nyata” bahawa suatu teks konsiliar mungkin betul pada tahun 1965, dan ianya salah pada 2020 kerana situasinya telah berubah. Malah, dia menekankan “setiap teks bersejarah.”

Terdapat kontradiksi tersendiri dalam pendekatan radikal. Ini tidak mungkin difahami Vatican II kerana teksnya hanya “snap-shots”(rakaman petikan) daripada Enam Puluh (Sixties).

Bagi Brandmüller, semua isu yang mungkin berkaitan dengan NA dan DH telah diselesaikan oleh Dominus Jesus (2000), seorang pendokumen, diterbitkan oleh Kongregasi kepada Doktrin Kepercayaan, yang tidak pernah dikuat-kuasakan, dan cepat dilupai. Walaupun ianya mungkin tidak benar: Pendekatan Brandmüller juga tidak dapat diaplikasikan pada Dominus Jesus semuanya , lebih banyak dia tegaskan dalam “mempertimbangkan pasca konsiliar magisterium” – termasuk Francis?

Brandmüller memanjangkan relativisme/pendekatannya kepada poin yang ditekankan olehny yang menuntut bahawa terdapatnya kes dalam bidang moral “yang benda yang sesuai pada hari ini mungkin dilarang pada semalam(masa lalu).”

Musuh ketatnya, ulangnya beberapa kali, adalah “bulatan tradisionalis yang diperkatakannya” yang tidak masuk akal dalam kontradiksinya.

#newsIbsjksxvtw