Clicks72
ms.news

Imam Akan Dibenarkan Mengajar Pengajian Katholik

Imam Hamdan Al Zeqri (berumur 33 tahun), akan mendapat status kedoktorannya dalam Sains Agama [Katholik] di Florence, Itali, pada 15hb Oktober.

16 tahun yang lalu, dia telah berpindah ke sini dari Yemen. Ijazah terebut akan mengizinkannya untuk mengajar subjek Agama Katholik di sekolah dalam negeri. "Saya kekal menjadi seorang Muslim, tetapi saya sayang akan Jesus, kerana Islam dan Christ sangat rapat," dia memberitahu VanityFair.it (8hb Oktober).

Archdiocese Florence merupakan institusi Gereja yang membiayai kos pengajian teologinya, walaupun Al Zeqri bekerja dalam syarikat aeroangkasa. Komuniti Islam tempatan tetap mengalu-alukan bidang pengajiannya sebagai konsolidasi “dialog antara-agama.”

Al Zeqri menekankan bahawa archdiocese tidak berniat untuk cuba menginjilkannya [mungkin mereka perlu diinjilkan dahulu, sebaliknya].

Dissertasinya adalah mengenai ministri keagamaan banduan Islam di mana Al Zeqri bergaul dengan mereka dengan identiti sebagai seorang Imam.

#newsGqgbuhpvmq